//]]>
Artikel Pilihan

Isnin, 27 Januari 2014

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

TAHAP 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

Sekolah Kebangsaan


Sekolah Jenis Kebangsaaan





TAHAP 2 (Tahun 4)


                                   Sekolah Kebangsaan



                                Sekolah Jenis Kebangsaan

Khamis, 23 Januari 2014

MINGGU 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

  •  Penggunaan komputer merupakan satu cara yang dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. 
  • Tapak pembelajaran yang sering digunakan ialah dalam bentuk power point.









Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran 

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
REKA BENTUK PAPAN SKRIN
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
FONT ATAU
 MUKA TAIP
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
4
IKON
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
5
PAUTAN HYPERTEKS
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
6
FORMAT GAMBAR
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
7
FORMAT FAIL GAMBAR
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
8
ANIMASI
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.






Selasa, 21 Januari 2014

MINGGU 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



1. Pemilihan Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:


Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:


Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:


FAIL KATALOG INTERNET BAHAN SASTERA

TAJUK
Pantun Melayu
URL
SINOPSIS
Pantun ini menceritakan tentang amalan-amalan orang Melayu
TAJUK
Gurindam
URL
SINOPSIS
Gurindam ini mengisahkan tentang Sirih Puan Cerana Kayu
TAJUK
Seloka
URL
SINOPSIS
Seloka yang mengisahkan tentang Pak Pandir
TAJUK
Lagu Klasik
URL
SINOPSIS
Lagu yang bertajuk Malam Dipagar Bintang. Lagu ini mengisahkan seorang yang menhayati keindahan alam maya.
TAJUK
Peribahasa lama
URL
SINOPSIS
Peribahasa yang bertajuk Lesung Mencari Alu. Peribahasa ini membawa maksud perempuan mencari lelaki.



2. Pemilihan Bahan Tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa:



FAIL KATALOG INTERNET BAHAN TATABAHASA

TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang kata majmuk umum
TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang golongan kata nama


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang golongan kata tugas


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang kata penguat


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Laman ini menyediakan latihan tatabahasa


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang frasa kerja


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang konsep tatabahasa.


TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Laman yang menyenaraikan beberapa simpulan bahasa.
TAJUK
Tatabahasa
URL
SINOPSIS
Laman yang menyenaraikan beberapa bahasa kiasan



3. Pemilihan Bahan Bidang Lain 
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. 

Antara contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:


FAIL KATALOG INTERNET BAHAN BIDANG LAIN
TAJUK
Permainan tradisional
URL
SINOPSIS
Artikel ini menerangkan tentang permainan congkak.
TAJUK
Lagu kanak-kanak
URL
SINOPSIS
Lagu ini bertajuk rangkai-rangkai periuk
TAJUK
Cerita dongeng
URL
SINOPSIS
Cerita yang mengisahkan Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya.
TAJUK
Cerita sastera
URL
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan Puteri Gunung Ledang yang dikatakan amat cantik.








Jumaat, 17 Januari 2014

MINGGU 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 

MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  • Penggertak
  • Penyalahgunaan Internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian Cetak Rompak

a) Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

b) Penyalahgunaan Internet:
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

c) Virus:
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

d) Hak cipta Terpelihara:
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

e) Perisian Cetak Rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan termaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.


CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

Klik pada gambar untuk pembesaran 



Artikel Popular